Friday, August 9, 2013

Tian Chua didapati tidur bersama Mimi


Tian_ChuaEntah kenapa Ahli Palimen Batu, Tian Chua Chang enggan berbini sehingga kini, dia senang hidup membujang. Dia pernah berdua sebelum ini tetapi pernah dikecewakan, katanya kepada The Malaysian Insider. Dia berkata sepatutnya dia kini dah berkahwin, membayar ansuran rumah dan mempunyai anak.
Kini teman tidurnya hanya Mimi disamping Oliver. Mimi dan Oliver, dua ekor kucing kesayangannya, menjadi peneman di kediamannya. Juga termasuk empat ekor kura-kura. Dia memelihara Mimi ketika berusia beberapa bulan ketika ribut di Melaka. Oliver diberikan kepadanya. Kedua kucing tersebut kini berusia 10 tahun.
Dia kini berdepan dengan dua kes makhamah  tertunda iaitu pencerobohan di Lahad Datu dan Perhimpunan Black 505 dan satu lagi tuduhan kerana menggangu tugas polis serta menyertai perhimpunan haram. Kalau dia didapati bersalah , maka kemungkinan berdepan dengan pengguguran jawatannya sebagai ahli parlimen Batu jika didenda lebih dari RM2,000.
Itu tidak merisaukannya, dia juga berkata dia tidak kisah mengambil risiko kehilangan jawatan saya kerana melakukan apa yang saya fikir betul. Rujuk TMI

No comments:

Post a Comment